SANDAL BAGINDA NABI MUHAMMAD SAW

0
GAMBAR SANDAL NABI MUHAMMAD S A W (MITSAALUNNA’ LISYARIIF)
.

Alhamdulillahilladzi kholaqol kaunaini watsaqolaini washalallahu ‘alaihi wasallam ‘ala shohibinna’laini
sayyidina Muhammadibni Abdillahi ibni Abdil mutholibni Haasyim alladzi turjaa syafaa’atuhu ila yaumiddin wa alaa alihi wa ashhaabi rasulillahi ajma’iinaa, amma ba’du.
Terjemahan ini diambil dari Mitsaalunna’li assyariifi (Gambar sandal Rasulullah SAW) yang telah disusun oleh Syekh Yusuf Ismail Annabhani.
Berikut isinya secara singkat,
“Sungguh benar bahwa sandal Rasulullah SAW itu dari kulit yang di rangkap menggunakan 2 “tancapan” seperti batang dari kulit yang dinamakan Qibal. Yang satu dimasukkan kira – kira antara ibu jari dan jari yang didekatnya, dan yang satunya lagi dimasukkan kira – kira antara jari tengah dan jari yang ada didekatnya, 2 tancapan tadi dihubungkan dengan wadah (sebuah bingkai berbentuk yang disesuaikan dengan ukuran kaki) yang ada di atas telapak kaki. Tungkainya juga memakai wadah (sebuah bingkai berbentuk yang disesuaikan dengan ukuran kaki) yang mencakup hingga seluruh telapak kaki.
Adapun warna sandal Rasulullah SAW adalah berwarna kuning.
Gambar tersebut sudah diuji kebenarannya oleh Ibnu ‘Araby , Ibnu ‘Asaakir, Ibnu Marzuqi alfaaruqi, Assyuyuuthi, Assakhoowi, Attata’I, dan beberapa Syekh yang semuanya telah menerangkan pengambilannya. Adapun sandal tersebut berasal dari Sayyidatina ‘Aisyah lalu berpindah – pindah hingga kemudian diambil gambarnya persis dan sama seperti ukuran aslinya.
Al ‘Alamah Syekh Al muqorri di kitab Fathul Muta’aal “fi mat hinni’al” memberikan keterangan:
“waqod sallama lima dzakarohu rohimahullohu ta’aala Assyekhul imam Al hafidz al ’alqomiyyi fi hasiyaatihi ‘alaa jamii’I shoghir fi ahaaditsil basyiir annadzir idz qoola waroda annathuula na’lihi SAW syibrun wa usbu’aanii wa ardluhaa mimma yalil ka’baini sab’uu asshhoobi’ wa bathnal qodami khomsun wa fauqohaa sittun waro’suha muhaddadun wa ardloma bainal qibalaini, ushbu’aani wa naqoltuhu ana ma’a jamii’il fawaaidi allati haulahu min fathil muta’aali, qola al manawi wal qooriiy fi syarhil syamaawiili.
qolal Ibnu Arobi wanna’lu libaasul anbiyaai wa innama ittakhodannasu ghoiroha lima fi ardlihim min atthiini wa khotamtuhu bi qoulihi innii khodamtu mitsaala na’lil mushthofa li a ‘iisya fiddaaroin tahta dhilaaliha sa’iidabnu Mas’uudin bi khidmati na’lihaa wa ana assa’iidu bikhidmati limitsaalihaa
sandal-rasul1
—–
Faidah:
Adapun faidah Mitsaalunna’lissyariif (Gambar sandal Nabi Muhammad SAW) ini sudah diterangkan oleh Imam Qistholani dan Imam Muqorri.
Menurut keterangan para ulama yanag artinya seperti ini: “Barang siapa yang menyimpan Mitsaalunna’lissyariif (Gambar sandal Nabi Muhammad SAW) di dalam rumahnya atau tempatnya dengan niat supaya mendapatkan berkah, maka tempat orang tersebut diliputi keselamatan dari orang yang bermaksud buruk (jahat), pencuri, perampok, orang yang hasud, syetan yang menyesatkan, selamat dari penyakit ‘ain dan sihir artinya santet dan tenung,
Disamping itu juga ketika ada perempuan yang kesulitan dalam melahirkan bayi / proses persalinannya apabila si perempuan tersebut menggenggam gambar ini di tangan kanannya maka akan diberi kemudahan dalam proses persalinannya Dengan daya Allah dan Kekuatan Allah SWT.
Juga barang siapa yang mengistiqomahkan membawa Mitsaalunna’lissyariif (Gambar sandal Nabi Muhammad SAW) yang dilipat dan digunakan azimat atau diletakkan di kopyah / songkok atau sabuk maka orang tersebut terkabul maksudnya atas makhluq (apa yang menjadi tujuannya akan tercapai).
1. Bisa ziarah ke makam Rasulullah SAW, dan bisa mimpi bertemu Rasulullah SAW.
2. Jika digunakan untuk perang dalam membela agama Allah maka, akan diberikan kemenangan dan juga tidak sampai melarikan diri (dari peperangan).
3. Jika digunakan untuk berdagang maka akan selamat dari perampok.
4. Jika di letakkan pada barang dagangan maka akan aman dari pencurian dan perampokan.
5. Apabila di letakkan di dalam rumah maka akan selamat dari kebakaran.
6. Apabila dibawa di dalam kapal / perahu maka akan diberikan keselamatan dari karam/ tenggelam.
7. Apabila dibawa orang yang sedang sakit maka akan diberikan cepat sembuh.
8. Apabila orang yang hatinya kalut maka akan segera bahagia.
9. Apabila mempunyai hajat dan mau bertawasul kepada Rasulullah SAW maka orang tersebut akan segera tercapai hajatnya.
Semua ini didasari dengan keyakinan yang teguh/kuat dan cinta kepada Rasulullah Muhammad SAW seperti yang disabdakan Rasulullah SAW:
“wamaa hutu anni’aalisyaghofna qolbi wa lakin hubbu man labisa anni’aala”
yang artinya:”tidak cinta terhadap sandal ini,
juga cinta terhadap yang punya sandal yaitu Rasulullah Muhammad SAW”.
Allohumma arinaa barokata hadzihi anna’li bihaqqi man danaa fatadallaa fakaana qooba qousaini au ‘adnaa.
ﻋﻠﻰ ﺭﺃﺱ ﻫﺬﺍ ﺍﻟﻜﻮﻥ ﻧﻌﻞ ﻣﺤﻤﺪ *** ﻋﻠﺖ ﻓﺠﻤﻴﻊ ﺍﻟﺨﻠﻖ ﺗﺤﺖ ﻇﻼﻟﻪ
Alas kaki Nabi Muhammad berada di atas kepala alam semesta*dan seluruh makhluq berada di bawah bayang-bayangnya.
ﻟﺪﻯ ﺍﻟﻄﻮﺭ ﻣﻮﺳﻰ ﻧﻮﺩﻱ ﺍﺧﻠﻊ ﻭﺃﺣﻤﺪ *** ﻋﻠﻰ ﺍﻟﻘﺮﺏ ﻟﻢ ﻳﺆﻣﺮ ﺑﺨﻠﻊ ﻧﻌﺎﻟﻪ
Ketika di bukit Tursina, Musa as. Diperintah supaya menanggalkan (alas kakinya), tetapi Muhammad saw. biarpun berada pada jarak yang lebih dekat , tidak Diminta supaya ditanggalkan Sandalnya
ﻣﺜﺎﻝ ﺣﻜﻰ ﻧﻌﻼً ﻷﺷﺮﻑ ﻣﺮﺳﻞ *** ﺗﻤﻨﺖ ﻣﻘﺎﻡ ﺍﻟﺘﺮﺏ ﻣﻨﻪ ﺍﻟﻔﺮﺍﻗﺪ
Lambang yang meniru Sandal asli Sang Rasul saw. yang paling Mulia itu membuatkan bintang-bintang berangan-angan
menjadi tanah untuk dipijak olehnya.
ﺿﺮﺍﺋﺮﻫﺎ ﺍﻟﺴﺒﻊ ﺍﻟﺴﻤﻮﺍﺕ ﻛﻠﻬﺎ *** ﻏﻴﺎﺭﻯ ﻭﺗﻴﺠﺎﻥ ﺍﻟﻤﻠﻮﻙ ﺣﻮﺍﺳﺪ
Madu-madunya, tujuh petala langit semuanya cemburu, dan mahkota-mahkota raja semuanya merasa hasad padanya
ﻣﺜﺎﻝ ﻟﻨﻌﻞ ﺍﻟﻤﺼﻄﻔﻰ ﻣﺎ ﻟﻪ ﻣﺜﻞ *** ﻟﺮﻭﺣﻲ ﺑﻪ ﺭﺍﺡ ﻟﻌﻴﻨﻲ ﺑﻪ ﻛﺤﻞ
Lambang Sandal al-Musthafa saw. itu tiada bandingannya, ia adalah kerehatan bagi ruhku dan celak (ubat) bagi mataku
ﻓﺄﻛﺮﻡ ﺑﻪ ﺗﻤﺜﺎﻝ ﻧﻌﻞ ﻛﺮﻳﻤﺔ *** ﻟﻬﺎ ﻛﻞ ﺭﺃﺱ ﻭﺩ ﻟﻮ ﺃﻧﻪ ﺭﺟﻞ
Sangatlah Mulia lambang Sandal yang Agung ini! Kerananya, semua kepala berharap, alangkah baiknya jikalau dapat menjadi kaki (Baginda saw.)
ﻭﻟﻤﺎ ﺭﺃﻳﺖ ﺍﻟﺪﻫﺮ ﻗﺪ ﺣﺎﺭﺏ ﺍﻟﻮﺭﻯ *** ﺟﻌﻠﺖ ﻟﻨﻔﺴﻲ ﻧﻌﻞ ﺳﻴﺪﻩ ﺣﺼﻨﺎً
Apabila aku melihat ALLAH (ad-Dahr) mula Memerangi manusia (kerana maksiat mereka), aku menjadikan alas kaki tuannya sebagai perisai
ﺗﺤﺼﻨﺖ ﻣﻨﻪ ﻓﻲ ﺑﺪﻳﻊ ﻣﺜﺎﻟﻬﺎ *** ﺑﺴﻮﺭ ﻣﻨﻴﻊ ﻧﻠﺖ ﻓﻲ ﻇﻠﻪ ﺍﻷﻣﻨﺎ
Aku berlindung daripadaNYA (Kemarahan ALLAH) dengan keagungan lambang alas kaki Baginda , sebagai tembok yang kukuh
dimana aku berasa aman dibawah perlindungannya
ﺇﻧﻲ ﺧﺪﻣﺖ ﻣﺜﺎﻝ ﻧﻌﻞ ﺍﻟﻤﺼﻄﻔﻰ *** ﻷﻋﻴﺶ ﻓﻲ ﺍﻟﺪﺍﺭﻳﻦ ﺗﺤﺖ ﻇﻼﻟﻬﺎ
Aku berkhidmat pada lambang Sandal al-Mustafa saw. , supaya dapat aku hidup di
dunia dan akhirat dibawah bayang-bayangnya
ﺳﻌﺪ ﺍﺑﻦ ﻣﺴﻌﻮﺩ ﺑﺨﺪﻣﺔ ﻧﻌﻠﻪ *** ﻭﺃﻧﺎ ﺍﻟﺴﻌﻴﺪ ﺑﺨﺪﻣﺘﻲ ﻟﻤﺜﺎﻟﻬﺎ
Berbahagianya Ibn mas`ud ra. kerana khidmatnya pada sandal Baginda (yang sebenarnya), dan aku, adalah si dia yang berbahagia
kerana khidmatku pada lambangnya
ﻭﻣﺎ ﺣﺐ ﺍﻟﻨﻌﺎﻝ ﺷﻐﻒ ﻗﻠﺒﻲ *** ﻭﻟﻜﻦ ﺣﺐ ﻣﻦ ﻟﺒﺲ ﺍﻟﻨﻌﺎﻻ
Sesungguhnya, bukanlah pada lambang itu hatiku merindu, tetapi pada si Dia saw. yang memakai Sandal itu…
ﻭﻧﻌـﻞ ﺧﻀﻌﻨﺎ ﻫﻴﺒـﺔ ﻟﻮﻗﺎﺭﻫـﺎ *** ﻓﺈﻧﺎ ﻣﺘﻰ ﻧﺨﻀﻊ ﻟﻬﻴﺒﺘﻬﺎ ﻧﻌﻠـﻮ
Kita direndahkan oleh cinta kerana memuliakan Sandal ini, dan bilamana kita merendahkan diri dihadapanya, kita akan diangkat dan dimuliakan
ﻓﻀﻌﻬﺎ ﻋﻠﻰ ﺃﻋﻠﻰ ﺍﻟﻤﻔﺎﺭﻕ ﺇﻧﻬـﺎ *** ﺣﻘﻴﻘﺘﻬـﺎ ﺗﺎﺝ ﻭﺻﻮﺭﺗﻬﺎ ﻧﻌـﻞ
Maka letakkanlah ia di rak-rak teratas, kerana secara zahir ia adalah Sandal, namun pada hakikatnya ia adalah Mahkota
ikatnya ia adalah Mahkota
======
Rupa bentuk lakaran ni`al yang tercatat dalam kitab “Jawahirul Bihar” karangan Syaikh Yusuf bin Ismail an-Nabhani.
Menurut Kiyai Haji Abdul Jalil Bakri, Mudir Pesantren Darut Tauhid, Brongkal, Pagelaran, Malang, Jawa Timur, sebahagian ulama menyatakan bahawa antara kelebihan timtsal / lakaran / gambaran / mitsal ni`al Junjungan s.a.w. adalah:-
Apabila timtsal ni`al ini disimpan dalam rumah, maka rumah tersebut selalu mendapat perlindungan Allah dari berbagai marabahaya seperti kebakaran, kecurian dan sebagainya, serta penghuni-penghuni rumah tersebut akan memperolehi rahmat, barakah, keamanan, selama di rumah tersebut tiada suatu apapun yang menjadi pantangan masuk malaikat rahmat ke dalamnya.
Apabila timtsal ini dibawa berpergian, maka perjalanannya diberkati dengan keamanan dan selamat serta berhasil.
Apabila timtsal ini ditaruh di badan orang sakit, maka insya-Allah cepat disembuhkan Allah dengan keberkatan Sayyidina Empunya Ni`al.
nial
Kemuliaan Junjungan tertumpah sehingga ke ni`alnya yang dibawa bersama menghadap Rabbul Jalil sehingga lakaran ni`al tersebut yang dilakar demi kecintaan kepada tuan empunyanya mengandungi keberkatan dan rahsia yang sukar diungkapkan.
Lakaran ni`al Junjungan Nabi s.a.w. mempunyai rahsia dan keistimewaan di kalangan sebahagian ulama sehingga ianya dijadikan simbol bagi Usrah Dandarawi (iaitu pengamal Thoriqat Ahmadiyyah Rasyidiyyah Dandarawiyyah) di Mesir. Antara kelebihannya ialah seperti diceritakan oleh Imam al-Qasthaalanidalam kitabnya “al-Mawaahibul Laduniyyah” juz ke-2 mukasurat 174
Dan di antara kelebihannya yang telah dicuba manfaat dan keberkatannya ialah apa yang dikisahkan oleh seorang syaikh yang sholeh, Abu Ja’far Ahmad bin Abdul Majid:- “Aku telah membuat mitsal ni`al ini untuk seorang muridku, maka dia telah berjumpa denganku pada suatu hari dan berkata:- “Kelmarin aku telah melihat keberkatan ni`al ini yang ajaib. Isteriku telah ditimpa sakit yang berat sehingga hampir-hampir binasa, maka aku letakkan mitsal ni`al tersebut pada tempat sakitnya dan berdoa “ALLAHUMMA ARINIY BARAKATA SHOHIBI HADZAN-NA’LI” ( Ya Allah, tunjukkanlah aku keberkatan tuan empunya ni`al ini, yakni Junjungan Nabi s.a.w.), lalu dia disembuhkan Allah pada waktu itu juga.
Telah berkata Abu Ishaq:-”Telah berkata Abul Qaasim bin Muhammad:-”Di antara yang telah mujarrab keberkatannya ialah sesiapa yang membawanya bersama dengan niat untuk mengambil berkat, jadilah dia selamat daripada kejahatan penjahat, memperolehi kemenangan ke atas musuh dan mendapat penjagaan daripada syaitan yang jahat serta dipelihara daripada kedengkian orang-orang yang hasad. Dan jika dibawa oleh orang perempuan hamil yang sedang sakit hendak bersalin pada sebelah kanannya, nescaya dipermudahkan urusannya tersebut dengan pertolongan dan kekuatan Allah.”
Saudara, inilah antara penyaksian ulama kita berhubung lakaran ni`al al-Musthofa s.a.w. Percaya atau tidak terpulanglah, “al-madad fil masyhad fil I’tiqaad nailul murad” (“Bantuan/ Sokongan sekadar penyaksian dan dalam pegangan teguh tercapainya tujuan”). Untuk pengetahuan, Imam al-Qasthaalani adalah seorang ulama terbilang, pemuka ilmu hadits dan fiqh mazhab Syafi`i. Antara gurunya ialah Imam Ibnu Hajar al-Asqalani, Syaikhul Islam Zakaria al-Anshari dan as-Sakhawi. Banyak mengarang kitab antara yang masyhur ialah “Irsyadus Sari fi syarhi Shohihil Bukhari” merupakan syarah Shohih Bukhari dalam 10 jilid besar dan “al-Is`aad fi talkhis al-Irsyad” merupakan furu’ feqah Syafi`i. Maka terpulanglah. Alfu Alfi Sholaatin Wa Alfu Alfi Salaamin ‘Alaika, Ya Shohibal-Mi’raaj. Alfu Alfi Sholaatin Wa Alfu Alfi Salaamin ‘Alaika, Ya Shohiban-Na’lain. (Jutaan sholawat dan salam untukmu Wahai Tuan Empunya Mi’raaj; Jutaan sholawat dan salam untukmu Wahai Tuan Empunya Dua Ni`al).
===
Lakaran Ni`al al-Mustafa s.a.w. yang dinisbahkan kepada Imam Ahmad Redha Khan Barelwi dan ditulis padanya bait-bait syair dalam bahasa Urdu yang menyanjung Junjungan al-Mustafa s.a.w. Syaikhul Hadits Maulana Zakaria al-Kandahlawi dalam catatannya untuk kitab “Syamail at-Tirmidzi” menyatakan:-“Gambar lakaran capal dan kelebihan serta keberkatannya telah diberikan dengan begitu terperinci di dalam kitab “Zadus Sa`id” karangan Maulana Asyraf ‘Ali Thanwi (rahmatullah ‘alaihi).
Khasiatnya tidak putus-putus. Alim tersebut telah mengalaminya beberapa kali. Beliau berkata dengan menyimpan sebuah gambar lakaran capal ini seseorang itu akan diberkati dengan ziarah bertemu Rasulullah, akan dilepasi daripada ancaman kuku besi penzalim, mencapai kemasyhuran dan berjaya di dalam segala cita-cita melalui tawassul capal ini. ” Moga kita juga dapat memperolehi keberkatan ini, jika belum, bersabarlah mungkin belum ada rezeki, mungkin kecintaan belum benar-benar tulus, mungkin kekotoran jiwa belum memungkinkan pertemuan dengan sebersih-bersih dan sebaik-baik makhluk. Nartaji minkas syafa`ah, Ya RasulAllah.
===
Ulama membuat lakaran atau imej sandal Junjungan s.a.w. demi kecintaan kepada Junjungan s.a.w. sehingga merasakan sandal di telapak kaki Junjungan s.a.w. lebih mulia dan lebih bertuah daripada diri mereka. Hal ini amat payah untuk difahami oleh orang – orang yang tidak mengenal cinta dan orang yang tidak pernah mengecapfana-ur-rasul. Perhatian diberikan hatta ke sandal Kekasih s.a.w. bukan kerana sandal tetapi kerana yang empunyanya. Tulusnya cinta pada Sang Kekasih telah menyebabkan keberkatan.
Berbagai ulama telah mengarang berbagai kitab mengenai lakaran sandal atau ni`al al-Mustafa s.a.w. ini. Syaikh Yusuf bin Ismail an-Nabhani memperkatakannya serta membawa nukilan berbagai ulama dalam kitabnya “Jawahirul Bihar” jilid ke-3, Maulana Asyraf Ali Thanwi dalam “Zadus Sa`id”, Imam Ibnu ‘Asakir dalam kitabnya“Timtsalu Na’l an-Nabiy“, Imam Ibnu Muqri dalam kitabnya “Qurratul Aynayn fi Tahqiq Amr an-Na’layn“, Imam Abul Abbas al-Maqqari dalam kitabnya “Fathul Muta`al fi Madhin-Ni`al”, Imam al-Qashthalani dalam kitabnya “Mawahibul Laduniyyah” dan ramai lagi. Insya-Allah, jika diizinkan Rabbul Jalil kan kucuba mengutarakan serba sedikit mengenai keberkatannya buat renung sahabat yang berhajat. (Gambar sekadar hiasan).

Wallahua'lam

Allahuma Sholii 'alaa sayyidina muhammad wa 'alaa aalihi wa shohbihi wa salim ~

Tidak ada komentar

Posting Komentar

© all rights reserved
made with by templateszoo